Monday, February 7, 2011

Terima kasih Allah (Alhamdulillah)....

Salam

Terima kasih Allah (Alhamdulillah)...
Kerana melindungi semua hambaMu semasa pergolakan di bumiMu Mesir..
Terima kasih Allah (Alhamdulillah)..
Kerana memberi ilham kepada pemimpin kami untuk menyelamatkan hamba-hambaMu itu..
Terima kasih Allah (Alhamdulillah)..
Kerana membenarkan pemimpin-pemimpin kami melunaskan tanggungjawab mereka terhadap hamba-hambaMu itu..
Terima kasih Allah (Alhamdulillah)..
Kerana memberi kudratMu kepada hamba-hambaMu dari sekerdil-kerdil insan untuk membantu mereka yang terperangkap di Mesir..
Terima kasih Allah (Alhamdulillah)..
Kerana memberi rahmatMu kepada hamba-hambaMu untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka bagi membantu menyelamatkan hamba-hambaMu..
Terima kasih Allah (Alhamdullillah)..
Kerana mencipta insan-insan yang berhati mulia dan bertungkus lumus memastikan keselamatan hamba-hambaMu..
Terima kasih Allah (Alhamdulillah)..
Kerana memudahkan keseluruhan perjalanan hamba-hambaMu itu..
Terima kasih Allah (Alhamdulillah)..
Kerana menjadikan segala bantuan ikhlas keranaMu..

Alhamdulillah..

Sometimes when we focus too much on what we do instead of why we do it, we tend to forget who deserve the rightful appreciation. We forget the silver linings. We forget the HIKMAH..

My 2 cents again...

No comments:

Post a Comment